Kelebihan Menjadi Pemandu Maxim: Jana Pendapatan Fleksibel dan Lumayan

Kelebihan Menjadi Pemandu Maxim

Kelebihan Menjadi Pemandu Maxim: Jana Pendapatan Fleksibel dan Lumayan

Tahukah anda kelebihan Menjadi Pemandu Maxim? Dalam dunia yang serba pantas hari ini, ramai individu mencari peluang kerja yang fleksibel tetapi masih mampu memberi pulangan lumayan. Salah satu pilihan popular di Malaysia ialah menjadi pemandu Maxim. Berbanding platform e-hailing lain, Maxim menawarkan beberapa kelebihan tersendiri yang menjadikannya pilihan menarik.

 

Jadual Fleksibel – Anda Tentukan Masa Kerja

  • Pemandu Maxim tidak terikat dengan waktu kerja tetap. Anda bebas untuk memilih bila mahu memandu – sama ada sepenuh masa, separuh masa atau hanya pada hujung minggu.

 

Pampasan Kos Lesen PSV

Claim sebanyak RM400 Lesen PSV

Untuk pemandu yang berminat untuk claim kos Lesen PSV, anda boleh menghubungi pihak Maxim

Dan sedikan Maklumat dan Dokumen Berikut :

  1. gambar resit bayaran PSV,
  2. Lesen PSV depan & belakang,
  3. geran kereta,
  4. cover note insurance kereta
  5. login id.

 

Partial Branding / Fully Branding

Jika kereta anda mempunyai iklan “Partial Branding” @ “ Fully Branding” Maxim:

  • Anda akan menerima komisen hanya 10% untuk setiap tempahan

Jumlah komisen kepada pemandu kini dikurangkan jika terdapat iklan “Partial Branding” pada kenderaan:

  • 10% — Semua jenis tempahan tidak mengira Auto atau Manual

Dan jumlah bayaran pembelian syif juga dikurangkan jika terdapat iklan pada kenderaan:

  • 6 jam – RM6/RM5
  • 12 jam – RM9/RM8
  • 24 jam – RM12/RM11

 

Ganjaran Tambahan Apabila Memasang Sticker Maxim

Apabila kereta anda telah di pasang sticker Maxim Anda layak:

  • Ganjaran Tunai RM200 setiap bulan apabila lengkap 250 tempahan
  • Pembelian syif
  • Keutamaan dalam mendapat tempahan
  • Pengurangan komisen tempahan untuk Maxim

 

Aplikasi Yang Sentiasa Di Tambah Baik

Sekarang maxim sudah ada filter di dalam aplikasi. kebaikan filter kepada driver :

  • Dapat pilih dan elak zone kerja yang diinginkan
  • Dapat setkan minimum harga tambang yang di inginkan
  • Jarak kilometers tempahan di dalam sempadan bandar
  • Jarak kilometer tempahan kawasan bandar
  • Dapat tempahan antara kawasan bandar atau tidak
  • Dapat tempahan luar bandar atau tidak

 

Komisen Rendah, Untung Lebih Tinggi

  • Maxim mengenakan kadar komisen yang lebih rendah berbanding beberapa platform lain. Ini bermaksud pemandu boleh menikmati lebih banyak keuntungan daripada setiap perjalanan.

 

Pendaftaran Mudah & Cepat

  • Proses untuk menjadi pemandu Maxim sangat mudah. Anda hanya perlu mendaftar secara dalam talian, memuat naik dokumen asas dan boleh mula memandu sebaik sahaja akaun anda disahkan.

 

Sokongan Pelanggan Mesra dan Profesional

  • Maxim menyediakan sokongan teknikal dan khidmat pelanggan yang bersedia membantu pemandu jika berlaku sebarang masalah sepanjang operasi.

 

Pendapatan Tambahan Melalui Servis Lain

  • Selain daripada mengangkut penumpang, Maxim juga menawarkan peluang menjana pendapatan melalui servis penghantaran makanan, barangan, dan banyak lagi.

 

Kawasan Liputan Luas

  • Maxim telah berkembang ke banyak bandar di seluruh Malaysia, membolehkan pemandu menjana pendapatan walaupun berada di luar kawasan bandar utama.

 

Insentif dan Bonus Menarik

  • Maxim kerap menawarkan insentif tambahan dan bonus kepada pemandu aktif, terutamanya semasa musim perayaan atau waktu puncak.

 

Kesimpulan

Menjadi pemandu Maxim bukan sahaja memberikan kebebasan masa, malah membuka pintu kepada pendapatan yang stabil dengan risiko yang rendah. Sama ada anda pelajar, suri rumah, atau pekerja sepenuh masa yang mencari pendapatan tambahan – Maxim boleh menjadi pilihan yang bijak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *