Cara Beli Kereta Terpakai (Tips untuk elak ditipu)

Cara Beli Kereta Terpakai (Tips untuk elak ditipu)

Tahukah anda Cara Beli Kereta Terpakai? Membeli kereta terpakai adalah satu pilihan bijak, terutama jika ingin berjimat. Namun begitu, prosesnya memerlukan perhatian terhadap beberapa perkara penting agar tidak tertipu atau terbeban di kemudian hari.

 

CARA BELI KERETA TERPAKAI DIRECT OWNER

Terdapat dua cara untuk beli kereta terus dari pemilik asal:

  1. Guna Loan Bank

Langkah-langkahnya:

  • Dapatkan maklumat lengkap kereta dan pemilik (jenis kereta, nombor pendaftaran, tahun, dll).
  • Periksa keadaan kereta dan lakukan test drive.
  • Bincangkan harga dan capai persetujuan.
  • Cari bank yang menyediakan pinjaman untuk pembelian kereta direct owner (tidak semua bank ada servis ini).
  • Sediakan dokumen penting:
    • Gambar kereta
    • Geran asal kereta
    • Salinan kad pengenalan pemilik dan pembeli
    • Salinan lesen memandu
    • Penyata gaji 3 bulan terkini
    • Borang permohonan loan daripada bank

Seterusnya:

  • Hantar permohonan loan dan tunggu keputusan (1–2 minggu).
  • Jika diluluskan, bawa kereta ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan.
  • Selepas lulus PUSPAKOM, buat insurans dan road tax.
  • Pergi ke JPJ untuk tukar nama pada geran.
  • Selesai.
  1. Bayar Secara Tunai (Cash)

Langkah-langkah:

  • Cari kereta dan pemilik, periksa keadaan kereta dan buat test drive.
  • Jika berpuas hati, bincangkan harga dan buat bayaran penuh secara tunai.
  • Ambil geran dan dokumen berkaitan.
  • Buat pemeriksaan PUSPAKOM.
  • Selepas lulus, tukar nama pemilik di JPJ.
  • Jika road tax/insurans tamat tempoh, hidupkan semula.

 

CARA BELI KERETA TERPAKAI MELALUI AGENT / KEDAI

  1. Lakukan Carian Online
    Platform yang popular:

Kelebihannya:

  • Lebih selamat kerana kebanyakan syarikat telah disahkan.
  • Info kereta biasanya lengkap. Untuk maklumat lebih lanjut, hubungi dealer.

 

TIPS BELI KERETA TERPAKAI

  1. Pilih Kereta Tidak Lebih 5 Tahun
    • Periksa mileage — elakkan jika terlalu tinggi.
    • Semak keadaan dalaman dan luaran.
    • Semakin lama usia kereta, semakin tinggi kos penyelenggaraan.
  1. Buat Kira-kira Sebelum Buat Loan
    • Pastikan bayaran bulanan tidak melebihi 15% daripada gaji bulanan.
    • Harga kereta tidak melebihi jumlah gaji tahunan.
      • Contoh: Gaji RM2,500 x 12 = RM30,000 → pilih kereta bawah harga ini.
  1. Kenali Pemilik Asal
    • Semak sejarah pemilik: pernah kena saman? kereta curi? warga asing?
    • Gunakan platform online untuk semakan pemilik asal.
    • Elakkan beli dari agen yang meragukan.
  1. Periksa Kondisi Kereta
    • Semak enjin, brek, lampu, signal, meter, aircond dan komponen lain.
  1. Pastikan Ada Buku Servis
    • Pastikan agen memberi buku servis asal (Service & Maintenance Book).
    • Jika tiada, minta. Jika enggan beri, cari agen lain.
  1. Test Drive Dulu
    • Rasai sendiri prestasi kereta.
    • Periksa keselesaan dalaman dan fungsi semua peralatan.
    • Ini juga dapat kesan jika agen menipu tentang kondisi sebenar kereta.

 

One thought on “Cara Beli Kereta Terpakai (Tips untuk elak ditipu)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *