Barang Pos Lambat Sampai? Ini Cara Buat Aduan SKMM Yang Ramai Tak Tahu

Barang Pos Lambat Sampai? Ini Cara Buat Aduan SKMM Yang Ramai Tak Tahu

Pernahkah barang pos anda lambat sampai berminggu-minggu atau langsung tidak sampai? Masalah kelewatan penghantaran dan sikap sambil lewa sesetengah syarikat kurier semakin menjadi-jadi. Bayar servis penghantaran ke rumah, tapi akhirnya kena ambil sendiri di pejabat kurier? Lebih menyakitkan hati, ada pula barang yang terus diisytihar hilang tanpa sebarang tanggungjawab.

Ramai pengguna tidak tahu bahawa sebenarnya anda boleh membuat aduan rasmi kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap syarikat kurier yang memberikan servis tidak memuaskan.

 

Kenapa Penting Buat Aduan?

Kebanyakan pengguna hanya diam dan beranggapan ini perkara biasa. Tapi hakikatnya, sikap ini menyebabkan tiada tindakan dapat diambil oleh SKMM. Tanpa aduan rasmi, syarikat kurier akan terus bersikap lepas tangan.

Langkah Buat Aduan SKMM Jika Barang Pos Lambat Sampai
Berikut adalah langkah demi langkah cara untuk membuat laporan aduan rasmi kepada SKMM:

1. Akses Laman Web Aduan SKMM

2. Klik “Aduan Baru”

  • Mulakan proses aduan anda dengan memilih pilihan ini.

3. Isikan Butiran Aduan

  • Jenis Aduan: Complaint
  • Jenis Perkhidmatan: Postal / Courier Services
  • Kategori: Postal & Courier Services
  • Sub Kategori (pilih mengikut masalah anda):
  • Late Delivery – Barang lambat sampai
  • Lost Letters/Parcel – Barang hilang
  • Poor Service Delivery – Kurier tak hantar ke rumah
  • Postman Attitude Conduct – Sikap posmen tidak profesional
  • Pembekal Perkhidmatan: Pilih nama syarikat kurier yang terlibat

4. Lengkapkan Maklumat Pengadu

  • Isi nama, nombor IC, alamat, nombor telefon dan email.

5. Tulis Aduan Anda

  • Huraikan dengan jelas apa masalah yang anda hadapi.

6. Nyatakan Lokasi

  • Letakkan lokasi kejadian atau tempat barang sepatutnya dihantar.

7. Muat Naik Bukti

  • Sertakan apa-apa bukti sokongan seperti:
  • Screenshot tracking barang
  • Gambar parcel
  • Audio/rekod perbualan dengan staf kurier

8. Masukkan Kod Captcha

  • Isikan kod pengesahan yang dipaparkan.

9. Tick Pengesahan

  • Tandakan kotak pengesahan sebagai bukti anda bersetuju dengan maklumat yang diberi.

10. Klik “Hantar” / “Submit”

  • Aduan anda akan dihantar kepada SKMM untuk tindakan lanjut.

 

Penutup: Jangan Diam Jika Teraniaya!

Sebagai pengguna, anda berhak mendapat servis yang setimpal dengan bayaran yang dibuat. Jangan biarkan sikap tidak bertanggungjawab ini berlarutan. Buat aduan secara rasmi agar syarikat kurier tahu bahawa pengguna tidak boleh dipandang remeh.

Simpan hak anda. Bertindak bijak. Buat aduan ke SKMM hari ini jika anda mengalami masalah penghantaran.

One thought on “Barang Pos Lambat Sampai? Ini Cara Buat Aduan SKMM Yang Ramai Tak Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *